Advertisement

Sudirman - One Thousand Million Smiles (Live) | Salem Music Award (1989)

Sudirman - One Thousand Million Smiles (Live) | Salem Music Award (1989) Subscribe :
1st Channel :

Pada 19 Mac 1989, Allahyarham Sudirman telah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di dalam pertandingan nyanyian Asian Popular Music Awards. Acara ini telah diadakan bersama-sama dengan Salem Music Award Festival yang berlangsung di dewan berprestij The Royal Albert Hall, London. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia antaranya; Anita Sarawak (Singapura), Kuh Ledesma (Filipina), Leslie Cheung (Hong Kong), Anchalee (Thailand), Chyi Chin (Taiwan), Cui Jian (China), Epo (Jepun) & Koo Chang Mo (Korea).

Dalam pertandingan tersebut Allahyarham Sudirman telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris iaitu 'Medley Send in the Clown & Smile' dengan meniru gaya aksi lucu Sir Charles Chaplin (Charlie Chaplin) yang cukup mempesonakan serta lagu beliau sendiri 'One Thousand Million Smiles' dengan persembahan dan tarian yang cukup memukau sehingga membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya.

Rakaman penuh Salem Music Award (1989) :

Follow Us!

Facebook :
Instagram :
Blog :

#SudirmanArshad #OneThousandMillionSmiles #SalemMusicAward

Sudirman - One Thousand Million Smiles,

Post a Comment

0 Comments